Thursday, January 28, 2010

Akidah dan Tuntutannya

23 Januari 2010
Disampaikan oleh Saudara Syahir( Abg Long)



  • Maksud Akidah
    • Bahasa: berasal dari perkataan Arab aqada (عقد) yang bermaksud simpulan atau ikatan.
    • Istilah : kepercayaan

  • perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan Penciptanya
  • Setiap agama ada عقيدهnya tersendiri
  • Sebagai muslim sejati, kita perlu yakin عقيده Islamiyyah sahajalah yang benar dan yang betul, manakala yang lainnya adalah palsu dan batil
  • Dengan turunnya Nabi Muhammad, semua pengikut agama hanif yang benar-benar bergelar ahli kitab akan masuk dan mengukuti ajakan Mabi Muhammad


Unsur-unsur pembentukan عقيده

  • Ada tiga unsur

    • Aqal atau pemikiran
      • Menggunakan fikiran untuk memikirkan tentang agama, agama mana yang benar dan tepat


    • Iradah atau pemilihan
      • Kita diberi pilihan untuk memilih agama mana, gunakan pilihan ini untuk memilih Islam


    • Wujdan atau perasaan
      • Setelah mimilih Islam, sayangilah Islam, berkhidmatlah untuk Islam dan tolonglah mendaulatkan Islam


  • Bila aqidah dibina atas 3 prinsip ini, maka lahirlah pembentukan dan corak warna hidup Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.
Ciri-ciri عقيده

  • Marifatur Risaalah(mengenali kerasulan)
    • percaya kepada kerasulan nabi

    • mempercayai dan mengikuti ajaran yg dibawa nabi



  • Marifatul Batsi (mengenali hari kebangkitan)
    • Percaya akan hari pembalasan, wujudnya syurga dan neraka

    • Percaya dan bersedia menghadapi hari pembalasan
      • Bersedia dengan menjauhi perkara mungkar

      • Memperbanyakkan perkara maaruf



Perbezaan akidah Islam dengan akidah ahli kitab
  • Akidah Islam berpaksikan konsep penafian dan penerimaan, yakni menafikan kewujudan tuhan selain Allah dan menerima ke'esaan Allah. Ia juga meliputi penerimaan terhadap Kerasullan Nabi Muhammad s.a.w dan ajaran yang dibawanya.
  • Berbeza dengan ajaran Kristian yang menerima kewujudan Allah namun mentakrifkan Allah dengan konsep Trinity yang jelas bercanggah dengan akidah Islamiyyah.
  • Ajaran Yahudi pula menerima ke'esan Allah namun menolak kerasullan Nabi Muhammad dan ajaran yang dibawanya.
Tambahan
  • Nabi yang masih hidup adalah Nabi Isa Al-Masih
  • Allah adalah tuhan bagi agama lain juga, Surah Ankabut ayat 17,61, dan 63.

  • Cuma Islam adalah agama yang diredhai Allah, dengan kerasulan Nabi Muhammad, pengganut agama lain yang betul2 beriman dengan kitab perlu mengikuti ajaran nabi Muhammad
    • Dalam ajaran yahudi pun ada dikatakan akan turun seorang rasul.
    • Dalam kitab Buddha pun ada disebut tentang kedatangan utusan Allah.
    • Dalam Al-Quran disebut nabi Muhammad adalah rasul dan nabi terakhir.

Wallahualam
Laporan disediakan oleh Wan Khalil Wan Ahmad

4 comments:

Nurul Izzah said...

laju~!

..:: eT ^ zaTieY ::.. said...

haih, xleh jadi ni. report Group Discussion smalam ada x? br mantap~!

Anonymous said...

report jgn xrepot.. jgn tunggu org len..lgpn blog nih kiter sumer nyer

syahirfuad said...

Aah kan, mane report untuk Group Discussion kita ari tuh? Ada sesapa yang dah dipertanggungjawabkan ke?