Group Discussion (GD) #1
Assalammualaikum,
Alhamdulillah, Jumaat minggu lepas ramai antara kita yg hadir ke Group Discussion,
Lebih 30 jugaklah yang datang!! Bagus2, lagi ramai lagi bagus. =]
Ni just nak refreshkan balik lah isi2 dalam GD #1 kita tu.
Banyak jugak yang kita bincangkan.. siap buat 4 group lagi kan..
Tapi ni just nak focus sikit je kat isi2 dalam perbincangan haritu.
Lidah
Kerana Mulut Badan Binasa. Sebab lidah ni, boleh berlaku perpecahan.
Sebab lidah ni, boleh menimbulkan fitnah; jadi sangat pentinglah utk kita menjaga lidah kita masing2.
Jaga lidah dari menipu, mengumpat, mencarut, dan sebagainya.. penting ni,
Sebab nampaknya kita xsensitif sgt dgn penggunaan bahasa kita kan; sebab kita rasa Americans xpaham apa kita cakap kan.. tapi kita kne ingat Allah faham semua bahasa..
Disebabkan saya xreti tulis panjang2; cuba analyze Hadith kat bawah ni..menarik (dan penting)!!
---------------------------------------------------------------------
Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata:
"Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."
Jawab Nabi SAW : "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu :
· Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain.
· Engkau mendirikan sembahyang,
· mengeluarkan zakat,
· berpuasa sebulan Ramadhan dan
· mengerjakan haji ke Baitullah."
Kemudian Nabi bersabda lagi:
"Mahukah engkau aku khabarkan pokok
amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "
Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah. "
Sabda baginda :
"Pokok amalan ialah Islam,
tiangnya ialah sembahyang
Dan kemuncaknya ialah jihad."
Kemudian Nabi bersabda lagi:
"Mahukah engkau aku khabarkan kunci
kepada semua pekara ini?
" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata:
"Awas, jaga ini baik-baik."
Aku bertanya: "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?"
Baginda lalu menjawab:
"Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka."
-----------------------------------------
Sekian untuk kali ini. InsyaAllah jumpa lagi di lain ‘post’.
Stay tune~~
Next Group Discussion; February 19!!
eTzaTiey
2 comments:
Best sungguh hadith ni...thanks et~!
Best sungguh hadith ni...thanks et~!
Post a Comment