Sunday, January 17, 2010

Bahtera Tajdid





Salam perjuangan,

Tajdid,
Apakah itu tajdid? Perlukah ia? Bagaimanakah ia akan berlaku? Dan siapakah yang akan menzahirkannya?
Persoalan2 ini sering kali bermain di minda kami. Dari minda turun ke hati. Kemudian, hati2 ini terasa sayu dan kosong, mengenang semula disaat2 akhir sebelum kewafatan Rasullulah yang disayangi, betapa Rasullulah amat mengambil berat tentang keimanan umatnya setelah ketiadaan dirinya. Walaupun sedang bertarung dengan kesakitan, tidak lekang dari hati dan lidah baginda, "ummatku, ummatku, ummatku".Betapa kasihnya baginda terhadap ummatnya. Namun, adakah kita kasihkan baginda seperti mana baginda kasihkan kita? Sama2lah kita bermuhasabah dan beristighfar.



Berbalik semula kepada persoalan2 diatas,
Apakah itu tajdid? Ia bermaksud sebuah perubahan. Perubahan bukan dengan erti kata memansuhkan segala2nya dan mewujudkan yang baru, tetapi, perubahan yang bertujuan untuk mengembalikan wajah asal agama atau Biah Solehah yakni keadaan dimana Islam itu menjadi Ad-Din dan menjadi asas kepada sesuatu perbuatan.
Perlukah kita kepada tajdid? Tepuk dada, tanyalah kepada iman kita.
Kemudian,
Bagaimanakah ia akan berlaku? Tidak susah untuk diperkatakan, namun amat berat sekali untuk dizahirkan yakni kita perlu bersatu padu dan sedaya upaya untuk membantu dan menyokong segala pergerakan Islam yang bergerak ditempat kita. Bukannya mengkritik dengan hasad, lantas menjatuhkannya.



Akhir sekali, siapakah yang akan menzahirkannya? Kami tidak perlu menjwabnya kerana Al-Quran dan Al-hadis telah lama membekalkan kita dengan jawapan tersebut.

Siapa saja yang bangun pagi, sementara ia hanya memperhatikan masalah dunianya, maka ia tidak berguna apa-apa di sisi Allah. Siapa saja yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslim, maka ia tidaklah termasuk golongan mereka. [HR. ath-Thabrani dari Abu Dzar al-Ghifari].

Ketahuilah, bahawa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Setiap kepala negara adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab atas kepemim-pinannya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin dalam keluarganya dan ia bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan ia bertanggungjawab atas mereka. Seorang pelayan/hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia bertanggungjawab atas kepe-mimpinannya. Ketahuilah, bahwa setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing harus mempertanggungjawabkan kepemim-pinannya. [HR. al-Bukhari Muslim].

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal salih, dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk golongan kaum Muslim”?(Qs. Fushshilat [41]: 33).

Hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf, dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung. (Qs. Ali-Imraan [3]: 104).


Akhir kata,
Bersama-samalah kita mendoakan agar perjuangan kita untuk mewujudkan Biah Solehah di PennState ini khususnya, dan dikalangan umat Islam sedunia umumnya akan menjadi suatu kenyataan dan mendatangkan kejayaan.
InsyaAllah

3 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, satu kupasan yang baik berkenaan pembaharuan (tajdid) yang cuba dibawa di Penn State.

Boley la promote blog nih secara intensif untuk rakan-rakan Malaysian muslim, khususnya di Penn State. Moga rohani kita terisi dengan 'juadah' yang sepatutnya. =)

fatiN wahaB said...

Bismillah...
Alhamdulillah jugak..ader usaha dibwa untuk wat blog ni...

Dalam kiter berubah, niat dan matlamat perlu jelas.. Kerana niat dan matlamatlah yang membekalkan peratus kekuatan terbesar, bagi membantu kita dalam perubahan. Jangan kiter berubah kerana manusia, jangan berubah kerana keadaan, jangan berubah kerana rasa mampu berubah, jangan berubah kerana rasa boleh istiqomah dengan perubahan.

Berubah, kerana kita nak jadi hamba yang Allah redha. Itu matlamat kita. Niat kita berubah adalah kerana Allah, nak Allah kira kita sebagai hamba-Nya yang terbaik, yang diredhai. Maka, mampu atau tidak untuk kita berubah, orang nak kutuk atau nak puji, boleh bertahan atau tidak dengan perubahan, kita nak atau tak nak, kita perlu bergerak ke arah perubahan.

Semue mampu berubah. Jangan sesekali memberi alasan menyatakan tidak mampu. Allah tidak memungkiri janjinya. Dia tidak akan menguji manusia dengan sesuatu yang tidak mampu manusia laluinya, menyelesaikannya.

InsyaAllah..
ingat yang kiter ni sebaek-baek umat yang dicipta-Nya..
=]

Jazkillah

president obama said...

change, Yeah we can!!!