Tuesday, January 19, 2010

Pengenalan Usrah



16 Januari 2010
Disampaikan oleh : Saudara Syahir Fuad ( Abg Long)

Adab Menuntut Ilmu






  •  Buat-buat tidak tahu: Bagaikan sebuah cawan, jika ia telah penuh dengan air, maka ia tidak lagi boleh menerima .
    • Air itu ibarat urusan yang tidak penting atau urusan duniawi yang masih berada di dalam minda kita. Oleh itu, kita disaran untuk mengosongkan yakni melupakan sebentar urusan duniawi dan urusan2 yang tidak penting agar kita mudah untuk memahami dan menyerap ilmu yang bakal dikongsi oleh Naqib.
  • Bersedia untuk menerima
    • Bersedia dengan erti kata mempersiapkan diri kita untuk menuntut ilmu.
      • Ia termasuklah menyediakan nota kecil dan pen untuk merekod ilmu yang akan disampaikan oleh Naqib.
      • Selain itu, dengan membaca modul sebelum perjumpaan, ia akan memberi sedikit sebanyak gambaran tentang ilmu yang akan dikongsi oleh Naqib. Ia juga akan membolehkan kita untuk menyediakan soalan perbincangan semasa perjumpaan. 
Intipati Usrah
  • Usrah itu keluarga
  • Dimulakan Oleh Rasullulah selama 23 tahun. 3 tahun di Makkah secara sembunyi2 di rumah Al-Arqam.Kemudian, Rasullulah meneruskan dakwah secara terang-terangan selama 20 Tahun di Makkah dan Madinah.
    • Hikmah dakwah secara sembunyi2:
      •  Untuk menyediakan "core group" atau jemaah yang boleh memudahkan lagi usaha dakwah. '
      • Kita disarankan untuk bergerak secara berjemaah. Contohnya dengan menyertai pergerakan2 Islam i.e MISG, ABIM, ISMA dan lain2 lagi
  • Strategi: buat Usrah untuk memantapkan diri penggerak.
  • Ikatan Usrah berdasarkan pegangan akidah Islamiyyah.
  • Niat: Untuk mencari keredhaan Allah.
  • Matlamat: Untuk mewujudkan Biah Solehah  yakni "Islamic Environment" atau persekitaran yang kondusif untuk perkembangan Islam di Penn State. 



Rukun Usrah
  • Taaruf( berkenal-kenalan)
  • Tafahum( berkesefahaman)
  • Takaful( mengambil berat atau "emphaty")
    • Beza antara "symphaty" dan "emphaty"
      • "symphaty" hanyalah berasa sedih diatas kekurangan seseorang
      • "emphaty" adalah perasaan sedih dengan kesusahan orang lain yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu untuk meringankan bebanan seseorang itu. Dengan erti kata lain, kita mengambil berat terhadap orang lain.
Analogi Usrah
  • Usrah(sebuah rumah) terdiri kepada 3 komponen:
    • Akidah sebagai tapak rumah
    • Ibadah sebagai tiang, dinding dan atap rumah
    • Akhlak sebagai isi rumah i.e peti ais, periuk nasi dll.
Beza antara Usrah dan ceramah
  • Usrah berjalan sepanjang kehidupan kita kerana antara ahli2 Usrah diibaratkan sebagai sebuah keluarga, saling mengambil berat antara satu sama yang lain.
  • Ceramah pula hanya mampu mendatangkan keinsafan kepada seseorang itu tanpa ada susulan. 
  • Usrah mampu memberi kekuatan kepada seseorang itu untuk melakukan "amar maaruf, nahi mungkar"
Tambahan:
  • Setiap manusia memikul amanah untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar. 
  • Cegahlah kemungkaran melalui tiga cara:
    • Tangan(Kuasa): Gunakanlah kuasa yang kita ada jika perlu
    • Lisan: Nasihat menasihati antara satu sama yang lain
    • Hati: membenci perbuatan mungkar dan berusaha untuk menjauhkan diri daripada kemungkaran
InsyaAllah.

5 comments:

syahirfuad said...

Jazakallah akhi atas update. =)

president obama lagi said...

"keluarga usrah" sound interesting

orang DC said...

awesomee saya nak join lagii

Naufal Mohamed Noori said...

knape la dulu aku tak penah nak join mende2 cam usrah ke.....umur camnie baru la nak ingat tuhan...menyesal2

~lurzalkmaar~ said...

Alhamdulillah...kite xpenah terlewat untuk ape2 Naufal slagi kite masih bernafas kt muka bumi Allah ni...InsyaAllah kite bakal menjadi hambaNya yg diredhai